Posts

Wahed Invest

Assalammualaikum, Kalau kita sebut pasal pelaburan saham mesti rata-rata akan ingat pelaburan saham di Bursa Malaysia, atau paling mudah pelaburan saham melalui ASB. Memang rakyat Malaysia semakin hari semakin peka tentang knowledge pelaburan saham ni. Ada juga yang buat duit hanya dengan bermain saham. Tapi tak semua orang ada peluang dan ruang untuk belajar main saham. Memang paling senang pun kebanyakkan kita melabur di ASB. Senang tak yah fikir nak beli saham macam mana, ASB uruskan semua dan tunggu lah setiap tahun dapat dividen. Tapi kalau yang nak beli saham selain melalui ASB macam mana? Nak beli saham tapi modal tak banyak? Don't worry dengan berbekalkan RM100 dah boleh jadikan modal untuk pelaburan saham! Jadi kali ni saya akan share sedikit tentang satu mekanisma pelaburan saham menggunakan Robo Advisor yang dikenali sebagai Wahed Invest. Ia merupakan satu jenis pelaburan saham melalui aplikasi di smartphone anda sahaja. Dan jenis investment ini merupakan patuh shariah...

Wahed Invest pilih Malaysia jadi hab serantau

Wahed Invest pilih Malaysia jadi hab serantau KUALA LUMPUR: Wahed Invest, penyedia perkhidmatan pengurusan pelaburan patuh syariah digital pertama dunia melebarkan sayapnya ke rantau Asia Pasifik dengan menjadikan Malaysia sebagai hab serantau. Ketua Asia Pasifik Wahed Inc, Syakir Hashim, berkata syarikat pelaburan patuh syariah berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu memilih Malaysia berdasarkan kewangan Islam yang kukuh serta rangka kerja yang jelas mengenai pelaburan digital. Kewangan Islam adalah satu daripada sektor yang berkembang pantas dunia dan Wahed telah membolehkan komuniti Muslim global untuk menyertai pasaran kewangan global dengan melaksanakan pelaburan boleh diakses dan mematuhi etika,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran platform pelaburan itu di sini, hari ini. Menurutnya, Malaysia juga adalah satu daripada pasaran modal Islam paling maju dan memenuhi keperluan pelabur di Asia Tenggara di samping membantu mewujudkan peluang dalam sektor kewangan Islam. ...

Wahed Invest Modal Serendah RM100

7 Langkah Mudah Nak Melabur Dengan Wahed Invest Modal Serendah RM100, Guna Smartphone Saja 11 Imigran Yang Berjaya Mencipta Kekayaan Di Amerika Syarikat 4 Sebab Pentingnya Ada Penama KWSP 5 Tips Maksimakan Manfaat e-Wallet Social Connect Hebahan Wahed Invest Dilancarkan di Malaysia Eza October 30, 2019 6:40 am Wahed menawarkan rakyat Malaysia cara yang lebih bijak untuk melabur dengan menyediakan akses kepada portfolio patuh Syariah yang pelbagai Pejabat Malaysia berfungsi sebagai hab serantau untuk operasi Wahed Invest di Asia Pasifik Wahed menyokong wawasan Malaysia ke arah kemakmuran bersama dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dengan memanfaatkan teknologi yang memberi tumpuan kepada Ekonomi Digital Islam Kuala Lumpur, 29 Oktober 2019 – Wahed Invest mengumumkan pelancaran platform pelaburan digital Islam pertama di Malaysia. Perkhidmatan pengurusan pelaburan digital Wahed membolehkan pelabur akses kepada portfolio patuh Syariah yang telus, saksama dan bertujuan untuk memper...